Monday, November 23, 2009

Menyingkap risalah Ibrahim AS (siri 2)

Mari kita perhatikan beberapa pandangan yang dikemukakan oleh Al-Quran.

Ibrahim telah mendapat pengetahuan mengenai tanda2 kebesaran Allah di langit dan bumi. Ia mengetahui bahwa benda2 yang ada di langit dan bumi ini merupakan bukti yang nyata mengenai kekuatan Allah yang maha mengetahui. Yang telah menjalankan dan mengatur alam semesta ini.

Beliau mempunyai keyakinan mendalam, tanpa keraguan, kepada tuhan yang maha agung ini. Ia sangat yakin dan sangat percaya, seperti kepercayaan orang yang melihatnya secara nyata, bukan sekadar kepercayaan yang berdasarkan argumen dan dalil.

"Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda2 keagungan (Kami) di langit dan di bumi." (Al-An'am : 75)

"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata, 'Wahai Tuhanku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati.' Allah berfirman, 'Apakah kamu belum percaya?' Ibrahim menjawab. ' Saya telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hati saya.' Allah berfirman, '(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu jinakkanlah burung2 itu kepadamu, kemudian letakkanlah tiap2 seekor darinya di atas tiap2 bukit. Sesudah itu, panggillah dia, niscaya dia akan segera datang kepadamu.' Dan ketahuilah bahwa Allah maha perkasa lagi maha bijaksana." (Al-Baqarah : 260)

Maka disini dapat kita lihat Ibrahim AS memiliki keimanan yang kuat terhadap Tuhannya dan memiliki keyakinan yang kuat terhadap akidahnya. Pemikiran beliau bukan superfisial semata2, tetapi keyakinan yang menghunjam kuat di dalam hati. Kerana itulah beliau memberikan kepatuhan yang benar, dan kerana itu pula dakwah beliau disebut Islam, begitu juga agama beliau disebut Islam. Beliau adalah peletak batu pertama bangunan tauhid dan imam pada penganut hanafiyah (ajaran agama yang lurus, tidak dicampuri dengan kemusyrikin)

"Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, 'Tunduk patuhlah!' Ibrahim menjawab, 'Aku tunduk dan patuh kepada Tuhan semesta alam." (Al-Baqarah : 131)

Wallahu'alam.

Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Bersama kak long

Hari ini menjengok kak long lagi
di smaskl tapi lewat petang.

Allah izin sesi jejak kasih...
Siapa sangka dapat bertemu dengan
kawan lama, kak asmalia.
Beliau sedang memberi kelas tambahan
kepada anak2 smaskl.
Kami sama2 buat kpli di mpktbr in 1993/1994 ...
16 tahun berpisah tak pernah bertemu...
Dulu kami pool kereta ulang alik
dari kt ke batu rakit.
Masa tu kak ma anak kecik2 dan
saya sedang mengandung naemah.
Huhu... banyak suka duka,
pahit dan manis dilalui untuk mendapat
sekeping diploma yang melayakkan
kami untuk menjadi guru pada hari ini...

Puteri2 smaskl...
Huhu... sampai2 tadi makcik nampak
sedang rancak belajar.
insya'Allah cemerlang semua...

Sunday, November 22, 2009

Memberi...


Pagi ini hujan masih tak henti2.


Ke smaskl lagi, memberi ilmu buat anak2 di sana.
Tengok... smaskl pun penuh air...

Banyak kata2 semangat buat anak spm 2009.


Doa moga semua berjaya dengan cemerlang.


Sudah dua malam G datang rumah tok
belajar maths dengan umi dah.
Jauh import cikgu dari kuantan.
Esok nak exam maths.
Insya'Allah umi dah doa berjaya
dan boleh jawab dengan tenang.

Saturday, November 21, 2009

Tengkujuh di KT


Lepas subuh pusing2 keliling rumah bonda.
Pintu masuk sudah penuh air.
Kalau kereta biasa tak lepas.
Belakang keliling rumah jiran2 penuh air juga.
Huhu... rumah tepi pantai pun banjir juga ye...
Ini gara2 keadaan sekeliling yang ditambun tinggi
bila rumah baru didirikan.
Air hujan terkumpul tak ada laluan nak lari.
Lewat petang baru surut air selepas
pihak berkenaan datang gali parit
salurkan air ke pantai.


Ha'ah... rumah ayoh pun penuh air
tenggelam anak tangga...


Ombak tak usah dicerita bergelora.
Dari jauh je sudah nampak
ombak laut cina selatan menghempas pantai
petanda musih tengkujuh sudah tiba
dan agak awal tahun ini.


Sepagi saya bersama kak long di smaskl.
Membantu kak long dan kawan2nya
belajar add maths...

p/s celcom2... awat slow sangat line ni...

Friday, November 20, 2009

Hari Terakhir Persekolahan

Hari ini hari terahir persekolahan.
Masih ada peluang untuk saya
mengadakan kelas tambahan terakhir
bersama 5 syumul. Mereka semua
saya kumpul di makmal ict.
Sambil tu jenguk2 juga 5 saksama
yang bersama cikgu kamisah di makmal ict 2.
Moga2 sedikit peringatan dan tunjuk ajar
dapat membantu mereka menjawab
soalan2 add maths nanti,
Biasalah... cikgu yang berdebar lebih2
tengok anak murid mereka cool je...

Penutup tirai 2009 pelajar smkpb dihidangkan dengan
ceramah misi kemanusiaan padang
yang disampaikan oleh pak bashir dari haluan.
Dalam surau yang padat, biasalah
pelajar2 ni tiba masa hilang juga tumpuan.
Namun diharapkan moga apa yang disampaikan
menginsafkan dan dapat memberi iktibar.
Alhamdulillah RM900 telah dapat dikumpul
dan disumbangkan untuk tabung padang.

Sebelum bersurai salam2 dulu,
Memang tahun ini banyak suka duka
yang dilalui. Zaman berubah,
suasana pun banyak berubah...
Moga ukhwah yang diikat
bersama rakan2 guru akan terus berkekalan.


Hari ini memang hujan tak henti2.
Ha'ah... sampai je rumah terkejut menerima
tetamu yang tak diundang...
Nak halaukan kesian pulak
hujan lebat mereka menumpang teduh.

Malam selepas isya' pulang ke kt.
Perjalanan perlahan sebab hujan memanjang.
Sampai rumah bonda jam 1.00 pagi,
mengharung air depan pagar.
Huhu... rumah tepi pantai pun banjir juga...

Thursday, November 19, 2009

Menyingkap risalah Ibrahim AS. (siri 1)

Menjelang aidil adha sinonim dengan peristiwa pengorbanan nabi ibrahim. Marilah kita menyingkap kisah nabi ibrahim as agar kita dapat mengambil iktibar lantas menjadi tauladan buat kita. Bukankah kita semua anak cucunya, "Agama ayahmu ibrahim." (Al Hajj:78)

Nabi ibrahim adalah nabi yang sentiasa kita ingat dan tidak dilupakan. Ingatkan ketika peristiwa di malam isra', beliau telah menyampaikan salam kepada kita dari langit. Cuba kita imbas kembali peristiwa itu, seraya bersandar diri ke baitul makmur, beliau berkata kepada nabi muhammad saw, "Sampaikan salamku kepada umatmu. dan kabarkan kepada mereka bahwa surga itu memiliki lembah2, tanah subur, air tawar, dan udaranya bersih. Tanamannya adalah subhanallah, alhamdulillah dan laa ilaaha illallahu allahu akbar."

Saudara2ku, inilah sayidina ibrahim as yang sentiasa kita kenang dan tidak akan pernah kita lupakan. Ia mengirimkan salam buat kita. Allah swt telah menisbahkan kita kepada beliau dan menjelaskan bahwa kita adalah orang2 yang paling dekat kepadanya.

"Sesungguhnya orang2 yang paling dekat kepada ibrahim adalah orang2 yang mengikutinya, nabi ini (muhammad), dan orang2 beriman (kepadanya)." (Ali Imran:68)

Inilah nabi yang namanya kita sebut lebih dari sepuluh kali setiap hari sebagai taqarud kita kepada Allah. Kita mengucapkan setiap pagi dan petang dalam doa tasyahud, "Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada muhammad dan keluarga muahammad saw sebagaimana engkau telah melimpahkan shalawat kepada ibrahim dan kepada keluarga ibrahim. dan berkatilah muhammad dan keluarga muahammad sebagaimana Engkau talah memberkati ibrahim dan keuarga ibrahim, sesungguhnya Engkau maha terpuji dan maha mulia."

Wahai saudarakau, sungguh layak bila kita menjadikan nabi mulia ini sebagai suri teladan. Sungguh selayaknya pula, saudaraku, kita curahkan cahaya hati kita untuk memahami ayat2 yang menjelaskan risalah beliau ini , sehingga kita mampu memahami berbagai kandungan makna yang telah dipahami oleh sayidina ibrahim as.

"Katakanlah (hai orang2 mukmin), 'Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada ibrahim, ismail, ishaq, ya'aqub, dan anak cucunya.' " (al Baqarah: 136)

"Dan mereka berkata, 'Hendaklah kalian menjadi penganut agama yahudi atau nasrani, niscaya kalian mendapat petunjuk.' Katakanlah, 'Tidak, melainkan (kami mengikuti) agama ibrahim yang lurus. dan bukanlah dia (ibrahim) dari golongan musyrik.' " (Al-Baqarah:135)

Wallahu'alam.


Makan2...

En Jusoh sudah pesan awal2 lagi
"cikgu2...tiada jamuan pada hari terakhir
persekolahan ye..."
Almaklum cikgu faham2lah arahan HEM tu.
Tu untuk esok,
jadi hari ini tak salahkan nak makan2.
Jadi tadi buat potluck bawa sikit2 sorang.
Makan simple2 je untuk
mengembirakan hati sebab sekolah
nak mula cuti...


Ada rojok cheranang...
Ha'ah... ini style pecal orang teghanu...


Ada puding raja....


Tak ketinggalan kuih lapis...

Alhamdulillah, semua habis dijamah
hingga menjilat jari...